|
Aisha r.h pernah bertanya kepada Rasulullah SAW, Adakah Khadijah seorang sahaja wanita yang layak mendapat cintanya (Rasullulah SAW). Rasulullah SAW menjawab "Beliau percaya kepadaku apabila tiada siapa yang mempercayaiku; beliau menerima Islam tatkala orang lain menolakku; beliau membantu dan menenangkan aku di kala tiada orang lain yang membantu."
Khadijah r.h, berasal dari keluarga bangsawan. Bapanya Khuwaylid adalah merupakan salah seorang daripada pemimpian puak mereka yang disegani sehinggalah bapanya terbunuh di dalam peperangan. Bekas suami Khadijah juga terbunuh, menjadikannya seorang wanita yang kaya. Diwaktu muda nabi Muhammad SAW, Khadijah telah memberi kepercayaan beliau untuk mengurus hartanya dan memintanya untuk berdagang di Syria bagi pihaknya. Beliau memang telah dikenali sebagai seorang yang jujur, bercakap benar dan boleh dipercayai. Beliau pulang dari Syria setelah menghasilkan keuntungan yang besar untuk Khadijah. Setelah mendengar khabar berita mengenai apa yang berlaku sepanjang perjalanan Rasulullah SAW, Khadijah membuat keputusan bahawa Rasulullah sesuai untuk menjadi suaminya, walaupun banyak lelaki-lelaki bangsawan Quraish yang lain telah meminangnya namun ditolak. Setelah bapa saudari nabi, Abu Talib merestui cadangan perkahwinannya, Muhammad dan Khadijah berkahwin. Pada waktu itu, nabi Muhammad berusia 25 tahun manakala Khadijah 40 tahun. Selama 15 tahun mereka hidup gembira bersama, dan Khadijah telah melahirkan beberapa orang anak. Anak sulung mereka, Qasim meninggal dunia tatkala semasa berumur 2 tahun. Dua lagi anak lelaki, Tayyib dan Tahir juga dilahirkan dan meninggal dunia ketika masih bayi. Walaupun begitu Muhammad dan Khadijah mempunyai 4 orang anak perempuan yang hidup iaitu Zainab, Rugaya, Umm Kalthum, dan Fatima. Tiada siapa, melainkan Allah, lebih mengetahui mengenai seorang lelaki melainkan isterinya. Sifat-sifat baiknya dan buruknya, kekuatannya dan kelemahannya. Lebih banyak lagi Khadijah mengetahui mengenai suaminya, bertambah lagilah kasih sayangnya dan hormatnya kepada suaminya. Semua orang di Mekah menggelar beliau 'al-Amin' yang membawa maksud "yang Amanah", dan Khadijah, lebih dari orang lain menyedari bagaimana gelaran itu tepat untuk suaminya. Telah menjadi rutin nabi Muhammad di mana setiap tahun di dalam bulan Ramadhan, beliau akan menyendiri di dalam gua Hira' yang terletak di luar kota Mekah. Khadijah akan memastikan bahawa Muhammad akan dibekalkan dengan makanan dan minuman secukupnya. Di satu penghujung bulan Ramadhan, ketika itu Muhammad berusia 40 tahun dan Khadijah 55 tahun, Muhammad tiba-tiba pulang di tengah malam, ketakutan dan menggigil sambil berkata, "Selimutilah aku, selimutilah aku." Khadijah begitu risau melihat suaminya di dalam keadaan demikian. Dengan pantas beliau membalut kain selimut di atas bahu Muhammad dan apabila beliau telah reda dan tenang, Khadijah memintanya menceritakan kepadanya apa yang telah berlaku. Muhammad memberitahu bahawa satu makhluk yang tidak pernah dilihatnya sebelum ini (makhluk yang dimaksudkan adalah Jibrail AS) tiba-tiba muncul di hadapannya ketika beliau sedang tidur dan berkata "Bacalah." "Tapi aku tak boleh membaca," tegas Muhammad, kerana beliau tidak pernah tahu membaca dan menulis. "Bacalah!" ulang makhluk tersebut sambil memeluk Muhammad di dadanya. "Saya tidak tahu membaca," ulang Muhammad. "Bacalah!" ulang makhluk tersebut. "Apa yang patut aku baca?" Muhammad bertanya di dalam keadaan terdesak, dan makhluk tersebut menjawab. "Bacalah (Wahai Muhammad) dengan nama Tuhamu yang menciptakan (sekalian makhluk); Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalahm dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, Ia mengajarkan manusia apa yan tidak diketahuinya. (Surah Al 'Alaq 1 -5)"
|